Monday, October 26, 2009

Macamana dapat nama Musaniff

Arwah ayah saya bernama Abd Rahman pernah berkhidmat sebagai tentera dan bertugas pada ketika itu di Negeri Johor dan Singapura. Seorang kawannya bernama Musa dan berpangkat sarjan amat baik dengan ayah.

Pada tahun itu, 1964 ibu saya mengandung kebetulan isteri sarjan Musa pun mengandung sama. Berboraklah arwah ayah dan sarjana Musa darihal hendak menamakan anak yang bakal dilahirkan nanti. Oleh kerana mereka berdua ini agak rapat maka arwah ayah mencadangkan agar anaknya akan guna nama Musa dan sarjan Musa juga bersetuju untuk menamakan anaknya dengan Abdul.

Dipendekkan cerita, apabila ibu saya yang bernama Kalsom melahirkan saya maka diletakkan nama Musaniff dan isteri sarjan Musa meletakkan nama anaknya dengan Abdul Hanif. Arwah ayah sangat gembira dengan nama itu kerana selain dari dapat memenuhi cadangan mereka berdua “ Musaniff “ juga bermakna pengarang dalam bahasa arab.
Tetapi sejak arwah ayah dan kami sekeluarga pulang ke Kampong Bukit Keledang Bera pada tahun 1967 , saya dan Abdul Hanif tidak pernah bertemu. Sekarang umur saya masuk 45 tahun dan saya percaya Abdul Hanif pun sebaya dengan saya ( 42 tahun tak bertemu ).
Untuk pengetahuan keluarga sarjan Musa dan Abdul Hanif ( mungkin telah berkeluarga ) ayah saya meninggal dunia pada bulan Mac 2006 lalu.

Salam perkenalan

Kepada semua saya ucapkan salam perkenalan