Thursday, November 19, 2009

ALUAN YDP PIBG SEMPENA HARI KECEMERLANGAN SKBP 2009


Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Pujian dan syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana InayahNya Hari Pendidikan 2009 SK Bandar Pusat dapat diadakan pada hari ini. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang menghiasi kata-kata aluan di dalam buku cenderamata ini.

Kepada pelajar terimalah ucapan tahniah dan teruskan usaha anda untuk merintis tangga kejayaan. Kejayaan yang dimaksudkan ialah kejayaan menjulang kecerdasan dan akhlak yang baik. Dalam erti kata yang lain, kejayaan yang boleh ditumpangi oleh masyarakat dan memberi manafat kepada komuniti.

Saya amat percaya bukan sahaja ibubapa yang menyenangi pelajar yang pintar dan berakhlak malah guru jua. Pada hari ini pelajar yang berjaya dalam akademik diiktiraf dengan pemberian hadiah. Namun pada saya semua pelajar adalah berjaya memulakan langkah mula menuju mercu kejayaan. Ayuh teruskan.

Kepada kedua golongan yang mulia ini iaitu guru dan ibubapa, saya bagi pihak PIBG merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana tanpa didikan,tunjuk ajar dan teguran mereka maka pelajar akan hilang arah panduan. Maka wahai guru dan ibubapa, teruslah pandu pelajar ini dan yang lain jua jangan jemu-jemu sehingga mereka beroleh kejayaan yang hakiki.

Kami, bagi pihak ibubapa akan sentiasa berkerjasama dan menyokong pihak sekolah menjayakan aktiviti serta perancangan demi merealisasikan impian kejayaan anak-anak kami. Akhir kata, terimalah ucapan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik tahun 2009.


Sekian dan wassalam


MUSANIFF BIN HAJI ABD RAHMAN
YDP
SK.BANDAR PUSAT
19 November 2009

No comments:

Post a Comment