Wednesday, November 4, 2009

Apa salahnya menyokong PR?

PR bermaksud Pakatan Rakyat. Bermaksud juga di dalam kamus politik Malaysia ialah parti alternatif kepada BN.

Sebut pula demokrasi. Maka maksudnya adalah pilihan rakyat atau orang ramai. Semua Negara di dunia perlu mengamalkan sistem demokrasi. Jika tidak akan diperangi oleh Polis Dunia iaitu USA. Maka Malaysia mengamalkan demokrasi ini. Apa yang peliknya ialah di Malaysia sistem demokrasi ini hanya dilaksanakan semasa pilihanraya saja, tetapi setelah mendapat kuasa demokrasi ini semacam berkubur tanpa nisan.

Sebagai contoh, untuk menampakkan Malaysia mengamalkan demokrasi maka ditubuhkan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) dan dilantiklah kakitangan untuk mengendalikan pilihanraya. Maka dunia dan rakyat Malaysia akan menyatakan bahawa demokrasi telah berjalan di Malaysia. Sedangkan apa yang berlaku di dalamnya ialah tidak demokratik dan ketidak adilan.

Pemerintah BN suka mengambil pendekatan menghukum rakyat yang tidak bersama dengannya. Bukan setakat itu, malah menyimpan dendam kesumat kepada rakyat ini. Malah lebih jauh daripada itu lagi, pemerintah BN mempunyai perasaan ingin “ membunuh “ mana-mana rakyat yang PRO-PR. Ini boleh dicontohkan dengan keadaan yang berlaku sekarang. Mana-mana rakyat yang PRO-PR akan dinafikan hak untuk berkerjaya,menerima bantuan dan macam-macam lagi. Kalau ditanya sudah barang tentu mereka akan menafikannya. Memang tidak bertulis tetapi inilah yang berlaku.

Terkadang timbul juga persoalan mana pergi nilai demokrasi yang dilaungkan? Demokrasi hanya pada kulit. Apa salahnya menyokong PR?. Agensi kerajaan dan pegawai-pegawainya telah didoktriankan bahawa sesiapa yang PRO-PR telah melakukan satu kesalahan besar yang perlu disisihkan. Ini tidak betul. Inilah yang perlu diperbetulkan. Jika lambat diperbetulkan maka Negara Malaysia menuju kehancuran dan rakyat tidak ada lagi nilai amanah dan kreativiti.

Masa itu rasuah akan menjadi perkara biasa dan rakyat seolah-olah diprogramkan, tiada buah fikiran yang baik dilahirkan.

1 comment:

  1. salam...bagusla, at least memperbanyakkan lagi blog-blog daripada kalangan kita geng2 PR, puak-puak sana nu tak mboh main dgn blog2 ni sbb dia byk dah media tak tentu arahnya...

    ReplyDelete