Wednesday, December 30, 2009

Watak-watak semasa Hijrah Nabi

Pertama: Ali bin Abu Talib

Seorang pemuda yang berani dan amanah. Mengantikan tempat tidur nabi dan memulangkan barang simpanan kepada pemunyanya seperti dipesan oleh Rasulullah.

Kedua: Abu Bakar

Seorang yang sanggup bersusah payah untuk Rasulullah dengan harta dan kewangan. Menyediakan dua ekor unta yang sihat dan kewangan untuk kegunaan berhijrah.

Ketiga : Abdullah bin Abu Bakar

Seorang yang rajin dan kuat simpan rahsia. Menghapuskan kesan-kesan tapak kaki unta dengan kumpulan kambingnya dan menyampaikan berita musuh kepada kepada Rasullah.

Keempat : Abdullah Uraiqit

Seorang kafir yang bersedia berkhidmat untuk Rasulullah. Penunjuk jalan dari Mekah ke Madinah.

Kelima : Amir Fuhairah

Seorang penulis bersama berhijrah. Penulis kepada janji Rasullah kepada Surakah

Keenam : Ummu Ma’bad ( Atiqah bt Khalid )

Seorang peniaga wanita yang jujur. Dirumah inilah Rasulullah memerah susu kambing yang tidak bersusu akhirnya mengeluarkan susu yang banyak. Susu yang diperah tadi dibahagi dua sebahagian untuk bekalan kumpulan hijrah Rasullah dan sebahagian lagi disimpan untuk tuan rumah.


Ketujuh : Surakah bin Ja’syam

Seorang yang memburu harta jika dapat membunuh Rasullah. Surakah mendengar tawaran seratus ekor kepada sesiapa yang dapat membunuh Muhammmad terus pergi mencari secara berseorangan. Apabila bertemu Rasulullah secara berdepan ia tidak mampu melakukan terus membatal niat dan memeluk Islam. Rasulullah berjanji akan menghadiahkan kepada Surakah gelang kaki Kisra Parsi. Perjanjian ini ditulis oleh Amir Fuhairah.




Kelapan : Abu Baridah

Ketua kumpulan samseng yang turut memburu Rasulullah. Bersama pengikut mencari Nabi Muhammad kerana mendapat maklumat bahawa Muhammad adalah seorang yang tidak baik dan pengkhianat Negara perlu dibunuh. Apabila bertemu Rasulullah Abu Baridah berserta rakan-rakan membatalkan niat dan terus memeluk Islam kemudian turut menyertai kumpulan hijrah Rasulullah.

Kesembilan : Abu Ma’bad ( Suami Atiqah )

Seorang yang telah lama mendengar perkhabaran tentang Rasulullah. Semasa Rasulullah singgah di rumahnya dia tiada di rumah. Apabila isterinya ( Atiqah ) menceritakan perihal kambing yang tidak bersusu awalnya tetapi boleh mengeluarkan susu setelah Rasulullah memerahnya. Beliau telah melihat ini sebagai mukjizat seorang nabi lantas terus mengekori Rasulullah dan menyertai kumpulan hijrah Rasulullah.


Kesimpulannya bagi kesembilan manusia ini telah menunaikan tanggungjawabnya dan berperanan dalam peristiwa besar HIJARAHTUL RASUL. Berbagai latar belakang manusia telah menunjukkan komitmennya. Jadi apakah peranan kita bagi menegakkan keadilan di Negeri dan Negara kita?

No comments:

Post a Comment