Wednesday, December 30, 2009

Watak-watak semasa Hijrah Nabi

Pertama: Ali bin Abu Talib

Seorang pemuda yang berani dan amanah. Mengantikan tempat tidur nabi dan memulangkan barang simpanan kepada pemunyanya seperti dipesan oleh Rasulullah.

Kedua: Abu Bakar

Seorang yang sanggup bersusah payah untuk Rasulullah dengan harta dan kewangan. Menyediakan dua ekor unta yang sihat dan kewangan untuk kegunaan berhijrah.

Ketiga : Abdullah bin Abu Bakar

Seorang yang rajin dan kuat simpan rahsia. Menghapuskan kesan-kesan tapak kaki unta dengan kumpulan kambingnya dan menyampaikan berita musuh kepada kepada Rasullah.

Keempat : Abdullah Uraiqit

Seorang kafir yang bersedia berkhidmat untuk Rasulullah. Penunjuk jalan dari Mekah ke Madinah.

Kelima : Amir Fuhairah

Seorang penulis bersama berhijrah. Penulis kepada janji Rasullah kepada Surakah

Keenam : Ummu Ma’bad ( Atiqah bt Khalid )

Seorang peniaga wanita yang jujur. Dirumah inilah Rasulullah memerah susu kambing yang tidak bersusu akhirnya mengeluarkan susu yang banyak. Susu yang diperah tadi dibahagi dua sebahagian untuk bekalan kumpulan hijrah Rasullah dan sebahagian lagi disimpan untuk tuan rumah.


Ketujuh : Surakah bin Ja’syam

Seorang yang memburu harta jika dapat membunuh Rasullah. Surakah mendengar tawaran seratus ekor kepada sesiapa yang dapat membunuh Muhammmad terus pergi mencari secara berseorangan. Apabila bertemu Rasulullah secara berdepan ia tidak mampu melakukan terus membatal niat dan memeluk Islam. Rasulullah berjanji akan menghadiahkan kepada Surakah gelang kaki Kisra Parsi. Perjanjian ini ditulis oleh Amir Fuhairah.




Kelapan : Abu Baridah

Ketua kumpulan samseng yang turut memburu Rasulullah. Bersama pengikut mencari Nabi Muhammad kerana mendapat maklumat bahawa Muhammad adalah seorang yang tidak baik dan pengkhianat Negara perlu dibunuh. Apabila bertemu Rasulullah Abu Baridah berserta rakan-rakan membatalkan niat dan terus memeluk Islam kemudian turut menyertai kumpulan hijrah Rasulullah.

Kesembilan : Abu Ma’bad ( Suami Atiqah )

Seorang yang telah lama mendengar perkhabaran tentang Rasulullah. Semasa Rasulullah singgah di rumahnya dia tiada di rumah. Apabila isterinya ( Atiqah ) menceritakan perihal kambing yang tidak bersusu awalnya tetapi boleh mengeluarkan susu setelah Rasulullah memerahnya. Beliau telah melihat ini sebagai mukjizat seorang nabi lantas terus mengekori Rasulullah dan menyertai kumpulan hijrah Rasulullah.


Kesimpulannya bagi kesembilan manusia ini telah menunaikan tanggungjawabnya dan berperanan dalam peristiwa besar HIJARAHTUL RASUL. Berbagai latar belakang manusia telah menunjukkan komitmennya. Jadi apakah peranan kita bagi menegakkan keadilan di Negeri dan Negara kita?

Monday, December 28, 2009

NOTIS PERJUMPAAN ALUMNI SK BANDAR PUSAT


Kepada semua bekas-bekas pelajar SK Bandar Pusat. Sebarkan maklumat ini kepada semua rakan-rakan. Hadirlah beramai-ramai. Hari itu adalah hari cuti tahun baru cina ( 15 feb 2010 ).
Kalau perlu cetak dan tampal atau edarkan kepada rakan-rakan bekas pelajar SK Bandar Pusat.

Tuesday, November 24, 2009

PANGGILAN PANGKAT GENERASI DAN GELARAN KELUARGA

Orang melayu mempunyai adat dan adap. Walapun di sana sebenarnya bermula dari kaedah melaksanakan budaya ISLAM. ISLAM adalah agama dan pegangan asal manusia pertama. Namun dari zaman ke zaman pegang serta ikutan dan panduan itu berubah. Tetapi ISLAM itu tidak berubah, mungkin pendekatannya ditambah baik sesuai dengan zaman.

Bagi keluarga Pawang Kadir, kami mempunyai panggilan pangkat generasi dan gelaran keluarga yang kekal penggunaannya sehingga sekarang. Inilah panggilannya,

Panggilan Pangkat Generasi: ( Lelaki )

Pra-Gen 7 Moyang Yit
Pra-Gen 6 Tok Yit
Pra-Gen 5 Yit
Pra-Gen 4 Tok Moyang
Pra-Gen 3 Moyang
Pra-Gen 2 Aki / Tok ( Wan, perempuan )
Pra-Gen 1 Ayah / Abah ( Emak, perempuan )
Rujukan Si Pulan
Gen 1 Anak
Gen 2 Cucu
Gen 3 Cicit
Gen 4 Cuit
Gen 5 Gamit
Gen 6 Capai
Gen 7 Lambai



Panggilan Gelaran Keluarga: ( Lelaki / Perempuan )

Pertama Along / We / Embong
Kedua Angah
Ketiga De
Keempat Teh
Kelima Andak
Keenam Alang
Ketujuh Anjang
Kelapan Itam
Kesembilan Cek
Kesepuluh Cu

Thursday, November 19, 2009

ALUAN YDP PIBG SEMPENA HARI KECEMERLANGAN SKBP 2009


Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Pujian dan syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana InayahNya Hari Pendidikan 2009 SK Bandar Pusat dapat diadakan pada hari ini. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang menghiasi kata-kata aluan di dalam buku cenderamata ini.

Kepada pelajar terimalah ucapan tahniah dan teruskan usaha anda untuk merintis tangga kejayaan. Kejayaan yang dimaksudkan ialah kejayaan menjulang kecerdasan dan akhlak yang baik. Dalam erti kata yang lain, kejayaan yang boleh ditumpangi oleh masyarakat dan memberi manafat kepada komuniti.

Saya amat percaya bukan sahaja ibubapa yang menyenangi pelajar yang pintar dan berakhlak malah guru jua. Pada hari ini pelajar yang berjaya dalam akademik diiktiraf dengan pemberian hadiah. Namun pada saya semua pelajar adalah berjaya memulakan langkah mula menuju mercu kejayaan. Ayuh teruskan.

Kepada kedua golongan yang mulia ini iaitu guru dan ibubapa, saya bagi pihak PIBG merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana tanpa didikan,tunjuk ajar dan teguran mereka maka pelajar akan hilang arah panduan. Maka wahai guru dan ibubapa, teruslah pandu pelajar ini dan yang lain jua jangan jemu-jemu sehingga mereka beroleh kejayaan yang hakiki.

Kami, bagi pihak ibubapa akan sentiasa berkerjasama dan menyokong pihak sekolah menjayakan aktiviti serta perancangan demi merealisasikan impian kejayaan anak-anak kami. Akhir kata, terimalah ucapan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik tahun 2009.


Sekian dan wassalam


MUSANIFF BIN HAJI ABD RAHMAN
YDP
SK.BANDAR PUSAT
19 November 2009

Wednesday, November 11, 2009

Bai’ah

Bai’ah adalah merupakan sumpah setia. Kalau dalam perkhidmatan kerajaan ada ikrar dan sumpah simpan rahsia. Suatu ketika dahulu kakitangan perlu melakukan akujanji. Sekarang ini sibuk pasal PAS menjalankan bai’ah kepada calon pilihanrayanya.

Jika direnung betul-betul samada ikrar, sumpah simpan rahsia,akujanji, bai’ah atau lain-lain nama lagi tujuannya adalah satu untuk menjaga kepentingan pihak yang diwakili oleh individu tersebut.

Tidak salahpun melakukan sumpah kepada tujuan yang betul dan baik. Yang salahnya sumpah dilakukan untuk tujuan yang salah serta jahat. Betul dan baik adalah berdasar kepada ISLAM, iaitu ada elemen dosa dan pahala.

Sebagai contoh seseorang boleh melakukan solat jamak dan qasar apabila perjalanannya melebihi dua marhalah. Tetapi disana diletakkan syarat tujuan perjalanan adalah baik. Tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar jika hendak mencuri,menzalimi orang,berperang dengan Islam, menyaksikan hiburan yang melalaikan dan sebagainya.

Bai’ah yang dibuat oleh calon PAS adalah perjanjian dengan Allah. Tidak mungkin seseorang itu akan ingkar dengan janjinya dengan Allah. Tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita, tetapi sebaliknya meletakkan wanita ditempat yang penting di dalam kehidupan. Sebagai contoh hukuman potong tangan akan dilaksanakan kepada pesalah mencuri. Tidak akan ada orang yang berlumba-lumba untuk mencuri supaya tangannya boleh dipotong. Begitu juga tidak akan ada wakil rakyat PAS yang sanggup menggadai maruahnya hanya kerana RM untuk menduduki tahta berdosa.

Mungkin ada orang yang menimbulkan persoalan hukuman potong tangan kepada pesalah mencuri itu zalim kerana memotong tangan sesama manusia. Orang yang menimbulkan persoalan ini sebenarnya tidak percaya kepada hukuman Islam adalah adil kepada semua. Bukan sahaja tidak percaya malah tidak mahu hukuman yang adil ini dilaksanakan. Orang yang cerdik mesti mahu kepada perkara yang baik dan adil manakala orang yang mahu sebaliknya bermakna orang itu tidak cerdik.

Begitu jugalah orang yang menimbulkan soal bai’ah di kalangan calon PAS sebenarnya mereka ini irihati kepada kemantapan dan ketaatsetiaan wakil rakyat PAS kepada parti mereka.

Kenapalah sekarang ini pihak tertinggi UMNO suka sangat melaga-lagakan pimpinan PAS? Memburuk-buruk PAS? Adakah kerana UMNO mempunyai masalah dalaman yang besar yang sukar diselesaikan? Kenapa takut kepada bayang-bayang UMNO sendiri? Kemana pergi semangat Bagan Pinang yang dilaungkan ketika perbentangan bajet 2010?. Semua ini perlu dijawab oleh UMNO. Cengkaman dan ugutan yang dilakukan UMNO/BN kepada rakyat sebenarnya telah memakan tuan. Dan jawapannya ialah UMNO perlu segera berundur dari pemerintahan Negara dan Negeri demi rakyat Malaysia.
Dengan serba ketidakadilan,ketirisan dalam urustadbir kerajaan,ugutan dan lain-lain mungkin selepas ini rakyat Malaysia akan berbai’ah yang berbunyi “wajib melepaskan diri dari cengkaman UMNO/BN dalam PRU 13”.

Wednesday, November 4, 2009

Apa salahnya menyokong PR?

PR bermaksud Pakatan Rakyat. Bermaksud juga di dalam kamus politik Malaysia ialah parti alternatif kepada BN.

Sebut pula demokrasi. Maka maksudnya adalah pilihan rakyat atau orang ramai. Semua Negara di dunia perlu mengamalkan sistem demokrasi. Jika tidak akan diperangi oleh Polis Dunia iaitu USA. Maka Malaysia mengamalkan demokrasi ini. Apa yang peliknya ialah di Malaysia sistem demokrasi ini hanya dilaksanakan semasa pilihanraya saja, tetapi setelah mendapat kuasa demokrasi ini semacam berkubur tanpa nisan.

Sebagai contoh, untuk menampakkan Malaysia mengamalkan demokrasi maka ditubuhkan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) dan dilantiklah kakitangan untuk mengendalikan pilihanraya. Maka dunia dan rakyat Malaysia akan menyatakan bahawa demokrasi telah berjalan di Malaysia. Sedangkan apa yang berlaku di dalamnya ialah tidak demokratik dan ketidak adilan.

Pemerintah BN suka mengambil pendekatan menghukum rakyat yang tidak bersama dengannya. Bukan setakat itu, malah menyimpan dendam kesumat kepada rakyat ini. Malah lebih jauh daripada itu lagi, pemerintah BN mempunyai perasaan ingin “ membunuh “ mana-mana rakyat yang PRO-PR. Ini boleh dicontohkan dengan keadaan yang berlaku sekarang. Mana-mana rakyat yang PRO-PR akan dinafikan hak untuk berkerjaya,menerima bantuan dan macam-macam lagi. Kalau ditanya sudah barang tentu mereka akan menafikannya. Memang tidak bertulis tetapi inilah yang berlaku.

Terkadang timbul juga persoalan mana pergi nilai demokrasi yang dilaungkan? Demokrasi hanya pada kulit. Apa salahnya menyokong PR?. Agensi kerajaan dan pegawai-pegawainya telah didoktriankan bahawa sesiapa yang PRO-PR telah melakukan satu kesalahan besar yang perlu disisihkan. Ini tidak betul. Inilah yang perlu diperbetulkan. Jika lambat diperbetulkan maka Negara Malaysia menuju kehancuran dan rakyat tidak ada lagi nilai amanah dan kreativiti.

Masa itu rasuah akan menjadi perkara biasa dan rakyat seolah-olah diprogramkan, tiada buah fikiran yang baik dilahirkan.

Sunday, November 1, 2009

Projek di lawati Team CIDB


Pada 30hb Oktober 2009 baru-baru ini salah satu projek syarikat CT telah dilawati oleh team CIDB. Setelah diberikan taklimat perjalanan projek oleh Jurutera Projek kepada team itu selama lebih kurang 30 minit, mereka amat berpuashati.


Selepas taklimat mereka dibawa melihat projek yang sebenar. Peratus kemajuan ialah sekitar 97%. Sebelum berangkat pulang team CIDB sempat bergambar bersama personel pengurusan syarikat CT.